Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Netizen Persoal Akta Rakyat Dibenarkan Keluar Duit EPF Untuk Kelangsungan Hidup, Ini Jawapan KWSP

Sehingga ke hari ini, ada sesetengah individu mendakwa mereka ‘tidak gembira’ kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaubagaimanapun, kerajaan berusaha dengan menyediakan pelbagai inisiatif lain untuk membantu rakyat yang berada dalam kesempitan wang untuk menjalani kehidupan harian seperti sedia kala.

Namun, masih ada individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan keputusan kerajaan di mana tidak dibenarkan mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 lagi di dalam akaun KWSP. Ada diantara mereka yang mempersoalkan Akta KWSP 1991 iaitu rakyat dibenarkan mengeluaran simpanan untuk kelansungan hidup.

Untuk menjernihkan keadaan, KWSP menjawab isu ini supaya ramai tidak keliru dengan Akta yang dimaksudkan.

Dalam kenyataan di ruangan komen tersebut mengatakan bahawa bahagian pengeluaran di bawah Akta KWSP 1991 Seksyen 54(6) yang dimaksudkan oleh ahli adalah merujuk kepada pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra. Ketiga-tiga pengeluaran tersebut adalah merupakan pengeluaran sebahagian yang telah diluluskan dan diwartakan berikutan situasi luar biasa akibat pandemik COVID-19 serta lanjutan langkah Perintah Kawalan Pergerakan, dan adalah bersifat sementara.

Buat masa ini, kesemua pengeluaran sebahagian yang diperkenalkan berikutan pandemik telah berakhir tempoh permohonannya. Sebarang pengeluaran seterusnya yang tidak menepati terma dan syarat seperti yang telah diperuntukkan oleh Lembaga KWSP akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 Seksyen 54(6).

Tambah pihak KWSP lagi, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan yang berupaya memenuhi keperluan individu, dan oleh itu, sebarang skim pengeluaran khas lain tidak diperlukan kerana ianya akan memburukkan lagi kemampuan persaraan ahli

Sumber: Facebook KWSP