Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang wanita mendakwa telah menerima RM2000 dari individu tidak dikenali yang dipercayai secara tidak sengaja memasukkan amaun tersebut ke akaun peribadi Maybank miliknya pada 4 November lalu.
Lantaran itu, beliau telah meminta orang ramai untuk mencari individu bernama Chandrakumar dengan harapan ahli keluarga atau kenalan lelaki berkenaan dapat menghubunginya untuk menuntut kembali wang tersebut.

Menurut rakannya yang menularkan perkara tersebut di laman Twitter, mereka telah menghubungi pihak bank dan pemilik wang tersebut namun tidak mendapat sebarang hasil.
“Niat baik nak tolong orang tu. Dah pergi bank, dah telefon banyak kali pemilik tapi tak jawab-jawab sampai sekarang. Mana tau dengan cara ni (viral) ahli keluarga dia atau sesiapa kenalan dia boleh hubungi kami,” katanya.

Disebabkan kejujuran mereka berdua, warga net meluahkan rasa kagum atas usaha memulangkan wang itu.


Sementara itu, ada netizen yang mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka memviralkan di media sosial.






Sumber: Mijah16_