Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ngeri, Longgokan Ular Sawa Ditemui Dalam Saluran Air Longkang 

Azizah Najib
longgokan ular sawa
Gambar: Bomba dan Penyelamat Shah Alam via Facebook

Ngeri, Longgokan Ular Sawa Ditemui Dalam Saluran Air Longkang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Shah Alam melaporkan terdapat kira-kira lebih 15 ekor ular sawa ditangkap di dalam saluran air longkang berdekatan sebuah kedai makan di Shah Alam, malam tadi.

Operasi yang melibatkan enam orang pegawai itu digerakkan apabila pihak Bomba menerima panggilan dari orang awam.

“Sampai di lokasi setelah membuat size up didapati benar terdapat ular sawa di dalam saluran air longkang,” kata laporan tersebut.

Tiada mangsa yang terlibat atau tercedera dalam penemuan tersebut.

Laporan Bomba yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Bomba dan Penyelamat Shah Alam itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata merasa geli melihat ‘selonggok’ ular sawa yang menetap di dalam ruang saluran terbabit.

Gambar: Bomba dan Penyelamat Shah Alam via Facebook

BACA: Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa

“Tudia. Sekali mai, berlambak,” ujar seorang warga maya.

“Aduh, geli,” kata seorang lagi.

“Mak ai seram. Dah macam dalam movie,” kata seorang lagi.

BACA: Mayat Wanita Ditemui Dalam Perut Ular Sawa Sepanjang 5 Meter

“Mesti ada mama dia tu. Mama tengah pi cari makan balik-balik tengok anak tak ada, kena culik,” seloroh seorang warga maya.

“Mesti mak dia dah buat report polis hari ini,” tambah seorang lagi warga maya.

Gambar: Bomba dan Penyelamat Shah Alam via Facebook

Melihat kepada corak kulit, ular sawa ini dikenal pasti sebagai ular sawa batik atau nama saintifiknya malayopython reticulatus. Ular ini berupaya membesar melebihi 10 meter panjang, menjadikannya spesis ular terpanjang di dunia.

Haiwan yang boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja persekitaran ini mampu teruskan hidup di kawasan berpenduduk dengan memakan tikus dan kucing. Ular sawa batik juga dikatakan mahir berenang, disebabkan itulah haiwan ini sering dijumpai di saluran air.

BACA: Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita OKU Pendengaran & Pertuturan Capai Impian Jadi Ketua Chef

BACA JUGA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

Sumber: Bomba dan Penyelamat Shah Alam via Facebook, Ecology Asia