Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Nyalakan Lampu Kecemasan,” Ini Yang Pemandu Perlu Tahu Apa Nak Dibuat Bila Berlaku Kecemasan Di Lebuh Raya

Gambar via centralpenn.aaa.com

Jumlah kenderaan akan meningkat di jalan raya dari tahun ke tahun. Secara tidak langsung ini juga akan turut menyumbang kepada statistik peningkatan kemalangan jalan raya. Tidak dinafikan, ada antara pengguna jalan raya yang tidak sabar dan berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk pulang ke kampung halaman atau ke sesuatu destinasi. Namun, apa yang harus dilakukkan jika kenderaan yang dipandu di lebuh raya mengalami kerosakan dan kecemasan? Berikut perkongsian JPJ Malaysia.

1. Berhenti di lorong kecemasan dan nyalakan lampu kecemasan. 2. Guna segi tiga kecemasan mengikut jarak yang ditetapkan di belakang kenderaan. 3. Segera dapatkan bantuan dan nyatakan maklumat seperti berikut: lokasi kejadian dan masalah kenderaan. 4. Pastikan anda berada di tempat yang selamat sehingga bantuan tiba.

Jadilah pengguna jalan raya yang bijak.

Sumber : JPJ Malaysia.