Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Onn Hafiz Dakwa Telefon Bimbit Cuba Dintip, Dipantau

Iqbal Yasir
Onn Hafiz
Kredit: Bernama

Onn Hafiz Dakwa Telefon Bimbit Cuba Diintip, Dipantau

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa telefon pintar miliknya dipercayai cuba dipantau dan diintip oleh pihak tertentu.

Menerusi muat naik di laman Facebooknya, beliau berkata, perkara tersebut disedarinya apabila menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadi saya.

Telefon Onn Hafiz Cuba Diintip?

"Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Susulan kejadian, beliau menambah akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

"Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu,"katanya.