Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Polis Saran Peniaga
Kredit: Bernama

Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun

Athirah

Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Peniaga di Jalan Masjid India disaran menutup premis perniagaan masing-masing buat sementara waktu, bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan semasa operasi pencarian wanita mangsa tanah jerlus dilaksanakan.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata meskipun keadaan di sekitar kawasan Jalan Masjid India itu buat masa ini selamat, namun langkah berjaga-jaga juga perlu diambil kerana kebocoran gas beracun boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada pengunjung dan juga peniaga jika terhidu.

“Pada masa yang sama, kami menasihatkan peniaga untuk menutup perniagaan mereka buat sementara waktu, bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan yang berpotensi disebabkan oleh kebocoran gas dari lurang di sepanjang laluan aliran air,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sulizmie Addendy berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneruskan siasatan ke atas struktur tanah di kawasan tersebut, untuk dapatan yang lebih terperinci dan penemuan tambahan untuk membantu pencarian.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata operasi perniagaan di Jalan Masjid India, di sini boleh dijalankan seperti biasa pada hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan bomba di sekitar lokasi kejadian tanah jerlus ini mendapati kawasan itu selamat.

BACA: Tanah Jerlus: Enam Lurang Kumbahan Dibuka Luaskan Kawasan Pencarian Mangsa

Sumber: Bernama