Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Operasi Helikopter Presiden Iran
Gambar: IRNA's X
Tiada Kategori

Operasi Mencari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan 

Iqbal Yasir

Operasi Mencari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan “pendaratan kecemasan” di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengan “bunyi” di wilayah itu tidak lama selepas itu, menurut koresponden IRNA.

“Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, telah dihantar ke kawasan kejadian. Angkatan Tentera Iran juga telah mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi pencarian,” lapor agensi itu di X (dahulunya Twitter).

Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan lereng dan muka buminya yang berceranggah dan keadaan cuaca yang buruk, terutamanya kabus tebal di kawasan itu, katanya.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran, Babak Yektaparast, memberitahu IRNA bahawa lapan ambulans dengan pasukan perubatan kecemasan terdiri daripada juruteknik dan doktor telah dihantar ke kawasan itu.

Beliau berkata sebuah helikopter kecemasan yang dihantar untuk membantu terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal yang menghalangnya daripada mendarat di kawasan berkenaan.

Terdahulu, IRNA melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, memberitahu televisyen negara Iran bahawa disebabkan oleh keadaan cuaca yang sukar, pasukan mencari dan menyelamat mungkin memerlukan masa untuk sampai ke lokasi nahas.

Beliau menzahirkan harapan agar pasukan itu akan segera sampai ke lokasi dan dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian.

Sumber: BERNAMA