Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Awam Boleh Akses Maklumat Pendapatan & Isytihar Harta Menteri Bermula Hari Ini -SPRM

gaji menteri
Kredit: Bernama/Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Orang awam kini boleh mengakses maklumat isytihar harta anggota pentadbiran kerajaan melalui portal mydeclaration.sprm.gov.my bermula hari ini.

Iklan

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehingga kini agensi itu telah menerima maklumat melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terkini.

Kenyataan itu menyebut maklumat tersebut yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri telah pun dipaparkan di portal terbabit.

“SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain portal berkenaan,” katanya.

Dalam portal itu, paparan menunjukkan pendapatan bulanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Ini diikuti Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan bulanan sebanyak RM87,877.20 bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan iaitu sebanyak RM85,450 yang masing-masing asetnya berjumlah melebihi RM10 juta.

Sumber: BERNAMA