Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
PENYAKIT mental satu ketika dahulu dianggap ‘taboo’ untuk dibincangkan, namun sekarang sudah mula diperkatakan secara terbuka dan ada pesakit sedia berkongsi pengalaman sendiri di media sosial.
Realitinya, seiring peredaran zaman dan teknologi, penyakit itu meningkat pada kadar membimbangkan pada peringkat global.
Ikuti perkongsian dari Dr Afiq Rahim @affick_rahim dalam bebenangnya yang dikongsikan di laman twitter miliknya tentang kesihatan mental.
Tahukah anda tanda masalah kesihatan mental boleh bermula seawal umur 14 tahun menurut WHO. Tapi banyak kes tidak dapat dikesan & tidak dirawat.
Menurut Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015, Sabah adalah negeri dengan populasi masalah kesihatan mental tertinggi di Malaysia. KL dan Kelantan juga dalam tiga teratas. Dan orang bujang lebih ramai ada masalah kesihatan mental. Jadi, mengapa ini berlaku?
Masalah kesihatan mental boleh berlaku akibat faktor Sosial, Biologi dan Psikologi. Peperangan dan Bencana menurut WHO adalah risiko utama terjadinya masalah kesihatan mental.
Baik, bagaimana kita boleh tahu tanda-tanda masalah kesihatan mental?
Hah, boleh periksa gambar di bawah jika kita ada tanda-tanda tersebut.

Apakah bahaya masalah kesihatan mental? Masalah ini jika tidak dikesan atau dirawat awal boleh menjadi penyakit Psikiatri seperti :
Kemurungan
Penyalahgunaan dadah
Kecederaan Fizikal
Kecederaan Domestik
Bunuh diri
Serta pelbagai penyakit Psikiatri dan masalah sosial
Jadi bagaimana kita boleh mengelakkan masalah kesihatan mental?
Antaranya ialah :
Kerap bersenam
Bercakap dan berkongsi masalah dengan seseorang
Nutrisi seimbang
Dapatkan kaunselingdan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan komuniti.
Lakukan perkara yang anda suka atau gemari.
Sumber: Twitter