Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Jepun ‘Bersihkan’ Kawasan Di Malaysia, Dakwa Kutip 4,500 Puntung Rokok Dalam Masa 1 Jam Setengah

Kredit: Twitter Nana

Budaya membuang sampah merata-rata masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia biarpun kita hampir mengakhiri penggal pertama 2020.

Baru-baru ini seorang lelaki yang mengaku sebagai warga Jepun yang juga pemilik kepada akaun Twitter bernama Nana berkongsi hasil kutipan puntung rokok di sekitar bandar negara ini pada awal tahun ini.

Menurutnya, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam tempoh satu jam setengah sahaja.

Sebelum ini, Nana dan pasukannya turut berjaya mengutip kira-kira 202 kg sampah di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Sumber: Nana