Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pakistan Sambut Aidilfitri Sabtu Ini, Arab Saudi Pada Jumaat

Aqmal Ezany
aidilfitri arab saudi jumaat
Gambar: Gulf News

Pakistan Sambut Aidilfitri Sabtu Ini, Arab Saudi Pada Jumaat

NEW DELHI, 20 April (Bernama) — Umat Islam di Pakistan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pusat di Islamabad.

Pada satu sidang media, pengerusi panel melihat anak bulan, Maulana Abdul Khabir Azad, berkata jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Hari Raya Puasa ditetapkan pada Sabtu.

Sementara itu, Arab Saudi akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat manakala Oman akan meraikan 1 Syawal pada Sabtu.

Sumber: BERNAMA