Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Palestin Lapor 5 Kes Baharu Varian Omicron

Gambar sekadar hiasan

RAMALLAH (Palestin), 25 Dis (Bernama) — Palestin merekodkan lima kes baharu COVID-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Dis.

— BERNAMA