Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Petaling Jaya, 31 Julai 2024 – Sebagai sebahagian daripada visinya di mana setiap isi rumah di Malaysia memiliki akses kepada air minuman yang bersih, selamat, dan sihat, Panasonic Malaysia (Panasonic) bekerjasama dengan Panasonic Corporation menghasilkan satu kajian bagi menyiasat keberkesanan dalam menyingkirkan benda asing daripada air yang dimasak berbanding air yang ditapis.
Kajian penilaian kualiti air mendedahkan, ketika air mendidih, ia berkesan mengeluarkan kloroform, namun tidak dapat menyingkirkan tiga benda asing lain iaitu mangan, kandungan logam, dan sisa klorin bebas, yang biasanya terdapat dalam air paip kita.
Dalam beberapa kes, air yang mendidih menyebabkan peningkatan kepekatan mangan yang terhasil akibat penyejatan air.
Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Selama beberapa generasi, kita mengekalkan cara klasik untuk menjaga kebersihan dimana memasak air menjadi kaedah utama penulenan.
Bagaimanapun, apabila semakin ramai rakyat Malaysia memilih cara hidup sihat, kita mula tertanya-tanya sama ada pendekatan tradisional ini masih menjadi cara terbaik demi memastikan air yang diminum ini benar-benar tulen dan bermanfaat.
Didorong perasaan ingin tahu ini dan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian hidup sihat bagi setiap rumah di Malaysia, kami bekerjasama dengan penyelidik untuk membandingkan air paip yang dimasak dan ditapis.”
Sehubungan itu, Panasonic telah memanfaatkan kepakaran Dr. Minhaz Farid Ahmed, Felo Penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Prof Dr. Mazlin Mokhtar, Timbalan Ketua Jabatan Penyelidik UNSDSN-Asia yang juga merupakan bekas Pengarah LESTARI.
Bagi memastikan hasil yang komprehensif, kajian ini telah melibatkan ujian ke atas air paip di 48 lokasi di 6 negeri iaitu Kelantan, Perlis, Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Tumpuan utamanya memfokuskan kepada empat elemen berdasarkan kelaziman dalam kandungan air paip di Malaysia dan potensi risiko ke atas Kesihatan pada kepekatan tinggi:
Sisa klorin bebas: Digunakan untuk pembasmian kuman tetapi boleh menjejaskan rasa dan bau.
Kloroform: Karsinogen yang berpotensi wujud daripada klorin bertindak balas dengan bahan organik dalam air.
Kandungan logam: Logam berat ditemui dalam beberapa sumber air dan berkemungkinan berada pada paras tinggi akibat paip yang sudah lama.
Mangan: Satu lagi logam berat dengan berpotensi mendatangkan risiko Kesihatan pada kepekatan tinggi.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa air yang diuji adalah dirawat di kemudahan rawatan air dan memenuhi piawaian kualiti air minuman kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
1. Kawasan di Kelantan
Memandangkan sumber utama air di Kelantan adalah air bawah tanah, ia terkenal sebagai kawasan yang memiliki penarafan kualiti air yang rendah di Malaysia.

2. Kawasan di Perlis
Perlis memiliki nilai yang agak tinggi dalam semua item penilaian dalam ujian ini.

Ujian pengesahan daripada kajian itu mendedahkan tiga jenis penapis dan penulen air Panasonic (TK-AS500, TK-AS700, TK-CJ300) mengatasi prestasi air yang dimasak dengan ketara dalam mengeluarkan benda asing daripada air paip di kedua-dua kawasan di negeri terbabit di mana pencemaran air adalah sangat tinggi.
Walaupun air mendidih dengan berkesan menghilangkan kloroform, penapis-penapis Panasonic bertindak dengan cemerlang dalam mengurangkan tahap kandungan logam, mangan dan sisa klorin bebas, petunjuk utama dalam menentukan kualiti air. Penemuan ini memberi penekanan kepada keberkesanan kartrij air yang lebih bersih dan tulen.
Dr. Minhaz Farid Ahmed berkongsi pandangannya, beliau berkata, “Tiga jenis sistem penapisan air minuman Panasonic (TK-AS500, TK-AS700, TK-CJ300) menunjukkan prestasi yang lebih baik, berdasarkan satu persampelan di enam negeri di Malaysia, dalam mengeluarkan bebas klorin, besi, mangan, dan kloroform daripada air paip, daripada mendidih air paip di peringkat isi rumah.
Penyelidikan ini sejajar dengan WST2040 (Transformasi Sektor Air 2040), dan hasil kajian ini akan menyumbang kepada memastikan bekalan air minuman selamat di peringkat isi rumah di Malaysia. Kami berharap Panasonic akan terus bekerja dengan berkesan untuk membantu Malaysia menjaga kualiti air yang diminum untuk semua penduduk.”
“Matlamat kami adalah untuk meningkat kesedaran terhadap kebaikan kegunaan penapis atau penulen air di rumah. Dengan berbuat demikian, kita semua dapat menikmati air minuman yang lebih bersih, selamat dan sihat. Di Panasonic, kami komited untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang menyokong gaya hidup lebih sihat setiap hari,” jelas Keisuke.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi penapis air termaju Panasonic, layari laman web untuk maklumat produk (https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/water/).
