Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

“Papa Zola The Movie” Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa
Animasi tempatan terus mencipta sejarah apabila Papa Zola The Movie, keluaran MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, meraih kutipan luar biasa sebanyak RM43 juta dalam tempoh hanya 18 hari tayangan di pawagam tempatan.
Kejayaan filem ini bukan sahaja disokong oleh penonton di Malaysia, malah turut menerima sambutan di Singapura dan Brunei.
Sambutan memberangsangkan ini turut meningkatkan keyakinan pengedar antarabangsa. Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures, Rivki Morais, menyifatkan kisah Papa Zola sebagai karya bersifat universal yang mudah difahami dan dekat dengan kehidupan keluarga di seluruh dunia.
Sementara itu, Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, memaklumkan bahawa filem ini akan di-alih suara ke dalam tujuh bahasa termasuk Arab, Turki, Vietnam, Hindi, Tamil dan Inggeris. Difahamkan, ini bagi memastikan mesej serta penceritaannya dapat diterima lebih meluas oleh penonton global.
Papa Zola The Movie dijangka memasuki pasaran antarabangsa bermula 23 Januari 2026 di Indonesia, diikuti Arab Saudi pada April, manakala pasaran GCC termasuk Bahrain, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait pada Mei. Tayangan turut dirancang di Turki dan India.
MONSTA, yang sebelum ini terkenal menerusi francais BoBoiBoy dan Mechamato, sekali lagi membuktikan kepakarannya menghasilkan karya yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Kejayaan terdahulu seperti BoBoiBoy The Movie 1 & 2 di Asia Tenggara serta Mechamato Movie di Jepun menjadi bukti keupayaan studio tempatan mengangkat animasi Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Filem animasi 3D itu berjaya menarik perhatian penonton melalui kisah menyentuh hati tentang seorang bapa yang berjuang demi keluarganya, sekali gus membuktikan kemampuan animasi Malaysia bersaing di pentas dunia.
Selain paparan visual dan aksi yang menarik, penonton tertarik dengan tema universal berkaitan kehidupan seharian, cabaran seorang bapa serta nilai kekeluargaan yang dekat di hati masyarakat.
Dengan pencapaian ini, MONSTA sekali lagi membuktikan bahawa animasi Malaysia bukan sahaja berkualiti tinggi, malah mampu berdiri sama tinggi dengan karya antarabangsa. Bahkan, hal ini sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk filem tempatan menembusi pasaran global.