Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut
Kegagalan skuad kebangsaan Indonesia mara ke Piala Dunia menyebabkan nama jurulatih, Patrick Kluivert turut terpalit apabila tanda pagar #KluivertOut kini tular di media sosial.
Menurut CNN Indonesia, harapan Indonesia untuk ke Piala Dunia 2026 berkecai selepas tewas 0-1 kepada Iraq dalam aksi pusingan keempat kelayakan yang berlangsung awal pagi Ahad (waktu Indonesia barat).
Kekalahan itu sekali gus menambah derita skuad Garuda yang sebelum ini turut tunduk kepada Arab Saudi. Keputusan kali ini pastinya mengecewakan penyokong setia skuad kebangsaan berkenaan.
Tambahan pula, kejayaan skuad Garuda mara hingga ke pusingan keempat sebelum ini memberi harapan bahawa mereka hanya berjarak 180 minit daripada pentas bola sepak terbesar dunia itu.
CNN Indonesia melaporkan tanda pagar #KluivertOut kini ‘membanjiri’ di pelbagai platform media sosial seperti X (Twitter) dan Instagram, apabila ribuan penyokong meluahkan kekecewaan mereka terhadap prestasi skuad Garuda.
Dalam masa sama, ruangan komen di akaun rasmi pasukan kebangsaan Indonesia turut dipenuhi dengan tagar tersebut.
Rata-rata pengguna yang menggunakan tanda pagar itu meluahkan kekecewaan terhadap Kluivert, termasuk berkaitan strategi dan pemilihan pemain pada pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026.
Dalam saingan pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia, hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan berprestij itu.
Namun, pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua masih berpeluang meneruskan perjuangan ke pusingan kelima bagi memburu tiket ke Piala Dunia.
Dalam situasi semasa, aksi antara Arab Saudi dan Iraq bakal menjadi penentu siapa yang layak ke Piala Dunia 2026.
Menurut CNN Indonesia, Iraq perlu menang untuk mengesahkan slot automatik, manakala Arab Saudi hanya memerlukan keputusan seri berikutan kelebihan jaringan gol yang dimiliki.
Sementara itu, pasukan yang gagal layak secara automatik akan meneruskan perjuangan ke pusingan kelima. Di peringkat itu, naib juara Kumpulan B akan berdepan naib juara Kumpulan A bagi merebut peluang ke pusingan playoff antara konfederasi.
Sumber: CNN Indonesia