Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasukan Penyelamat Terpaksa Pecahkan Tembok, Bantu Bawa Wanita 391kg Dapatkan Rawatan

pecahkan tembok wanita 391kg
Kredit Frédéric Madiai - France Televisions

Pasukan Penyelamat Terpaksa Pecahkan Tembok, Bantu Bawa Wanita 391kg Dapatkan Rawatan

Perkhidmatan kecemasan Perancis dilaporkan terpaksa merobohkan tembok agar dapat membantu memindahkan wanita seberat 391 kilogram dari rumahnya atas sebab kesihatan.

Memetik Daily Express, wanita warganegara Amerika berusia 60 tahun yang mengalami obesiti itu telah menetap di Stenay, Meuse, Perancis selama 20 tahun.

Wanita itu dilaporkan enggan menerima sebarang rawatan berkenaan tahap kesihatannya sehingga kini. Misi pemindahan wanita itu juga telah dirancang selama beberapa bulan sebelumnya.

Sekurang-kurangnya 60 orang anggota terlibat dalam operasi menyelamat tersebut. Anggota penyelamat juga terpaksa merobohkan dinding dan lantai rumah wanita berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kabinet Pengawas Meuse, Bernard Burckel berkata: “Kami perlu membuka dinding di tingkat pertama di rumahnya. Kami juga perlu memecahkan lantai untuk memasang terali yang harus digantung pada siling.

“Kami membuat lubang di siling dan di tingkat bawah. Kami akan mengeluarkannya melalui tingkap di tingkat bawah.

Misi yang paling rumit dan tidak pernah berlaku di Perancis

Selain itu, misi menyelamat wanita itu juga turut disertai anggota bomba dan pegawai polis.

Kredit Frédéric Madiai – France Televisions

Menurut Bernard, kerjasama pelbagai badan beruniform dalam menjalankan misi itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku di Perancis.

“Anda harus tahu bahawa kerjasama ini, dengan tahap kerumitan sedemikian tidak pernah berlaku di Perancis,” tambah Bernard.

Operasi itu dilaporkan berlangsung sepanjang hari dan wanita itu kemudiannya dipindahkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

BACA: Alfie Best Jr. Anak Jutawan UK Kongsi Reaksi Ayahnya Selepas Peluk Islam

Terdahulu, sekurang-kurangnya 27 orang maut dalam kejadian kebakaran di lombong emas di Selatan Peru, lapor AFP.

Difahamkan, kebakaran ini berlaku disebabkan litar pintas yang merebak hingga ke salah satu terowong di kawasan tersebut.

Ia sekaligus menjadi salah satu tragedi perlombongan terburuk dalam sejarah negara Amerika Selatan terbabit.

Dalam pada itu, polis dan pejabat pendakwa raya mengesahkan bahawa kebakaran di lombong La Esperanza 1 di wilayah Arequipa itu berpunca daripada litar pintas.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kebakaran ini bermula pada Sabtu selepas berlaku letupan di lombong wilayah terpencil Condesuyos, iaitu 10 jam pemanduan dari bandar Arequipa.

Memetik AFP, kejadian ini hanya disiarkan pada Ahad sebaik sahaja polis mengumpul maklumat mengenai jumlah terkorban dalam insiden ini.

Mangsa dikatakan berada 100 meter di bawah tanah.

Sumber: Daily Express