Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAU 2026 Medan Satukan Fikrah, Perkukuh Kekuatan UMNO – Ahmad Zahid

ZAHID
Kredit: Facebook Zahid Hamidi

Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) menjadi ruang penting untuk seluruh keluarga parti kembali berhimpun, menyatukan fikrah serta memperkukuh kekuatan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau gembira melihat Dewan Merdeka dipenuhi para perwakilan dari seluruh negara yang hadir membawa suara dan amanah akar umbi.

“Syukur Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat setiap aras dan pelosok Dewan Merdeka dipenuhi lautan merah.

“Selamat datang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan yang telah datang dari jauh dan dekat membawa bersama suara serta amanah akar umbi ke Rumah Bangsa ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial bersempena hari pertama PAU 2026.

Perhimpunan berkenaan menyaksikan barisan kepimpinan parti bersama perwakilan UMNO dari seluruh negara berkumpul di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Menurut Ahmad Zahid, amanat yang disampaikan sepanjang perhimpunan itu diharap dapat menjadi panduan kepada seluruh ahli parti untuk melihat ke hadapan dengan lebih jelas dan yakin.

Katanya, PAU 2026 perlu dimanfaatkan sebagai medan untuk seluruh warga UMNO memperkukuh kesatuan serta merapatkan saf perjuangan.

“Jadikanlah perhimpunan ini ruang untuk kita terus menyatukan fikrah, merapatkan saf dan memperkukuh kekuatan parti,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru para perwakilan menggunakan ruang perhimpunan untuk berbincang, berbahas dan menyampaikan pandangan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan parti serta perjuangan UMNO.

Beliau turut menegaskan bahawa Rumah Bangsa merupakan milik seluruh keluarga UMNO dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan perjuangan parti terus dipelihara serta diperkukuh.

“Rumah Bangsa ini milik kita dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaganya, memperkukuhkannya dan mewariskan perjuangannya kepada generasi seterusnya,” katanya.

Intipati
  • Ahmad Zahid menyifatkan PAU 2026 sebagai ruang menyatukan fikrah dan memperkukuh UMNO.
  • Perhimpunan itu menghimpunkan kepimpinan dan perwakilan UMNO dari seluruh negara di WTCKL.
  • Beliau menyeru perwakilan berbincang dan berbahas demi kepentingan parti serta perjuangannya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan