Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
payung telok kemang
Kredit: Bernama

Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember

Azizah Najib

Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember

SEREMBAN, 26 November (Bernama) — Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang pada 16 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar berkata MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.

BACA: MPPD Sita Khemah Tanpa Penyewa Di Pantai Telok Kemang

Arul Kumar berkata setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter (40 kaki x 20 kaki) ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf dan penyediaan plot itu telah dilakukan pada 18 November lepas.

“MPPD akan menyediakan lapan payung pantai, dua kerusi dan sebuah meja yang bersesuaian bagi setiap plot selain menyediakan peruntukan secara one-off meliputi kos payung pantai, kerusi, meja, naik taraf plot, naik taraf pusat kawalan dan papan tanda berkaitan.

“Memandangkan jumlah peniaga semasa melebihi plot yang disediakan, kaedah undian peniaga yang layak akan dibuat oleh MPPD dalam tempoh terdekat,” katanya ketika menjawab soalan Choo Ken Hwa (PH-Lukut) mengenai isu sewaan khemah biru di Telok Kemang, pada persidangan DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.

BACA: MPPD Arah Perniagaan Sewaan Khemah Biru Di Pantai PD Dihentikan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai itu menjelaskan MPPD akan menaik taraf pusat kawalan di Pantai 3 Telok Kemang bagi menempatkan anggota secara statik terutama pada hujung minggu dan cuti umum, dan memasang papan tanda nombor hotline jabatan penguat kuasa bagi memudahkan orang ramai membuat aduan sebarang salah laku penggunaan pantai awam.

Beliau berkata kaedah baharu ini diharap dapat menyelesaikan isu yang berbangkit selain membawa kesejahteraan melalui inisiatif secara menang-menang.

Media sebelum ini melaporkan MPPD telah memberikan notis pemberhentian perniagaan sewaan khemah bagi ketiga-tiga pantai, iaitu Pantai Telok Kemang, Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru berkuat kuasa 18 November.

BACA: MPPD Sasar Kedatangan 4 Juta Pelancong Ke Port Dickson

Sumber: Bernama