Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PBKD Beri Kelulusan Bersyarat Pemberian ‘Booster Dose’ Vaksin Covid-19 Pfizer Untuk Golongan 18 Tahun Ke Atas

Hari Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah pun memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin Covid-19 Pfizer sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

KKM juga memaklumkan, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan kuanliti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin terus kekal positif.

KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai dari aspek dan kualiti, keselamatan dan keberkesanan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Sumber: KKM