Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pegawai Kanan Bomba Perak Cedera, Isteri Parah Dalam Kemalangan

Gambar via Bernama

IPOH, 17 April (Bernama) — Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian di sini hari ini.

Jurucakap JBPM Perak berkata Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 1.33 tengah hari tadi.

“Mangsa, Taufik Asyarun Zainuddin berusia lingkungan 30-an merupakan pegawai kanan bomba daripada bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Perak dan dua anak lelakinya cedera pada bahagian kaki manakala isterinya cedera parah pada bahagian kepala.

“Kereta yang dipandu mangsa jenis Proton Persona telah berlanggar dengan bahagian belakang sebuah lori sampah yang diparkir di tepi jalan,” katanya.

Jurucakap itu berkata anggota bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa dan menyerahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.29 petang.

— BERNAMA