Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru dilaporkan akan ditutup sementara bermula dari 6 Disember 2020 sehingga ke satu waktu yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Facebook, penutupan itu adalah berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja