Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Di Kompleks Bersepadu Pengerang Ditahan Berhubung Dakwaan Palsu

Gambar: MK PA & Petronas

JOHOR BAHRU, 5 Sept (Bernama) — Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan COVID-19.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan.

“Kami (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak memaafkan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, kesemuanya terikat dengan tatakelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular mesej menerusi media sosial seorang lelaki pekerja Petronas mendakwa kononnya melalui pelbagai perkara selepas kehilangan anak, isteri, ibu dan adik-beradiknya kerana jangkitan COVID-19.

Mesej itu turut merayu orang ramai menyalur sumbangan atas nama pekerja terbabit.

Sumber: Bernama