Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Pekerja Didakwa Tikam Majikan Gara-gara Bonus Dikurangkan
Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan polis selepas didakwa membunuh bosnya di Daerah Ota kerana tidak berpuas hati dengan bonus yang diterimanya.
Mothership melaporkan mangsa, Akihiro Kawashima yang merupakan pengarah sebuah syarikat peralatan audio telah diserang di apartmennya di Omorikita pada 7 Januari lalu.
Suspek, Masahiro Yamanaka yang pengurus jualan syarikat itu memberitahu polis bahawa bonusnya dikurangkan tanpa sebarang penjelasan.
Bonus yang sebelum ini bersamaan 1.5 bulan gaji telah dipotong kepada 1 bulan gaji, bahkan satu penyata bonus Disember tahun lalu turut ditemui di rumah suspek.
Polis mendakwa Yamanaka menikam Kawashima lebih daripada 10 kali di leher, perut dan beberapa bahagian badan lain.

Semasa soal siasat, suspek mengaku menikam mangsa tetapi mendakwa tidak berniat untuk membunuh.
Difahamkan, Yamanaka dilaporkan menyembur racun serangga ke arah muka mangsa sebelum menikamnya menggunakan pisau buah yang dibawa dari rumah, kemudian mengejar dan menikam Kawashima dari belakang
“Jika mereka tidak memahami apa yang saya maksudkan, saya rasa saya perlu mengubah cara fikir mereka, walaupun bermakna menyakitkan mereka,” ujar suspek.
Polis percaya Yamanaka menunggu mangsa di kawasan apartmen sebelum menyerang.
Selepas kejadian, dia dilaporkan mengunjungi beberapa bar bersama seorang rakan sehingga awal pagi keesokan harinya.
Bagaimanapun, mangsa mengalami luka tikaman di lebih 10 bahagian badan, termasuk leher dan perut, dan polis percaya terdapat niat jelas untuk membunuh berdasarkan jenis kecederaan.
Menurut Mothership, semua bukti termasuk pisau yang digunakan dan pakaian bernoda darah sedang diperiksa secara forensik.
Pada 9 Januari lalu, sehari selepas mayat mangsa ditemukan, polis menahan Yamanaka ketika beliau sedang menuju ke platform Shinkansen di Stesen Tokyo.
Menurut pihak polis, suspek dan mangsa merupakan rakan sekelas semasa sekolah menengah, dan Yamanaka menyertai syarikat itu kira-kira empat tahun lalu atas jemputan Kawashima untuk membantu meningkatkan prestasi syarikat.
Sebelum menyertai syarikat itu, suspek bekerja dalam bidang pengiklanan dan berkata pekerjaan baharu itu menawarkan keadaan kerja yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Sumber: Mothership