Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pekerja Kilang Warga Bangladesh Maut Dihempap Rak 17 Tingkat
SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut akibat dihempap rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat di sebuah kilang sarung tangan di Banting dekat sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.54 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama sembilan pegawai dan anggota serta dua jentera digerakkan ke lokasi.
“Kejadian melibatkan enam mangsa, namun lima daripada mereka berjaya dikeluarkan sebelum bomba tiba di lokasi.
“Mangsa terakhir ditemukan pada 11.20 pagi di bawah timbunan barang dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang maut berusia 33 tahun, manakala mereka yang cedera berumur antara 20 hingga 30 tahun.
Sumber: Bernama
BACA: Serpihan Marikh Terbesar Pernah Ditemui Di Bumi Bakal Dilelong RM16.9 Juta
BACA: Indonesia Latih Pekerja Migran Sebagai Duta Budaya Di Luar Negara