Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Pusat Boling Ditemukan Maut Dalam Bilik Stor Peralatan Pembersihan

Pekerja Pusat Boling
Kredit: JBPM Perak Via Bernama

Pekerja Pusat Boling Ditemukan Maut Dalam Bilik Stor Peralatan Pembersihan

IPOH, 7 April (Bernama) -- Seorang pekerja pusat boling berusia 53 tahun ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan di pusat itu di Tanjong Malim, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kes itu pada 1.57 pagi, sebelum bomba tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Terdapat seorang mangsa lelaki terperangkap dalam bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan). Pintu telah dibuka oleh polis bantuan sebaik bomba tiba di lokasi.

"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pemantauan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 2.36 pagi, dan kes masih dalam siasatan.