Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pekerja Shell Beseri Mohon Individu Kembalikan Kucing “Misai”

Athirah
shell beseri misai
Kredit: @shellbeseri via TikTok

Pekerja Shell Beseri Mohon Individu Kembalikan Kucing “Misai”

Bagi kebanyakan pemilik haiwan peliharaan, kucing bukan sekadar haiwan yang dijaga, malah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga.

Kehadiran haiwan ini sering membawa keceriaan dan ketenangan, dengan gelagat manja serta keletah yang mampu mengubah suasana sepi menjadi penuh kehidupan.

Rasa kehilangan ini tidak hanya berkait dengan ketiadaan fizikal haiwan tersebut, tetapi juga kehilangan rutin dan ikatan emosi yang telah terbina sekian lama.

Bayangkan, setiap hari yang biasanya disambut dengan suara manja si comel kini menjadi sunyi.

Pekerja mohon pulangkan “Misai” semula

Baru-baru ini, kakitangan Stesen Minyak Shell Beseri di Perlis merayu kepada individu yang dipercayai mengambil kucing peliharaan mereka, dikenali sebagai “Misai” agar memulangkannya semula ke stesen berkenaan.

Menurut perkongsian @shellbeseri di TikTok, kucing hitam putih dengan berbulu lebat itu bukan sekadar penghuni biasa, malah sudah lama menjadi kesayangan para pekerja yang menjaganya di kawasan stesen.

Dalam pada itu, pihak stesen turut menjelaskan bahawa laporan polis akan dibuat berhubung kejadian berkenaan, namun mereka masih berharap individu terbabit dapat memulangkan kucing itu secara baik.

“Kalau ada siapa terambil, kami maafkan. Tapi mohon jasa baik hantar balik ke stesen. Kami ada rakaman CCTV dan kami rindu kucing kesayangan kami. Misai juga ada penyakit FIP dan dia tak sihat, kami tengah rawat dia

“Selesai rawatan, silakan datang bela dia, sayanglah dia. Ambil sekali makanan wetfood dia, vitamin dia, baju-baju dia,” ujar @shellbeseri.

@shellbeseri turut memaklumkan bahawa kakitangan akan memberikan ganjaran yang dikongsi bersama sekiranya ada individu yang berjaya menemui kucing berkenaan.

Ramai yang turut bersimpati dengan nasib “Misai”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok menitipkan doa dan harapan agar kucing berkenaan dapat dijumpai semula atau dipulangkan dengan selamat.

Dalam pada itu, terdapat pengguna yang mencadangkan agar kejadian ini dilaporkan kepada balai polis dan disertakan rakaman CCTV, bagi membolehkan Misai ditemui dengan lebih cepat.

BACA: One Piece Masuk Era Baharu, Bakal Beralih Ke Format Bermusim Mulai 2026

Sumber: @shellbeseri via TikTok