Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Sekolah Maut Motosikal Langgar Lori

Kredit: Dream.co.id

SEREMBAN, 26 MEI (Bernama) – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat lampu isyarat Jalan Tunku Kursiah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kemalangan pada 8.45 pagi itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa dari arah Seremban menuju ke Sikamat telah melanggar lampu isyarat berwarna merah lalu melanggar bahagian kanan lori jenis Isuzu yang datang dari arah simpang kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama