Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Tingkatan Dua Dilaporkan Hilang Ditemukan Selamat

Azizah Najib
pelajar tingkatan dua selamat
Kredit: BERNAMA

Pelajar Tingkatan Dua Dilaporkan Hilang Ditemukan Selamat

SEREMBAN, 29 Ogos (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Sikamat sejak tengah hari semalam telah dijumpai di kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pelajar berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari yang sama.

BACA: Pelajar Tingkatan 2, Muhammad Effazaldanish Hilang Selepas Dihantar Ke Sekolah

“Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang.

“Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Tingkatan Dua Dilapor Hilang

Media sebelum ini melaporkan pelajar itu telah melarikan diri dari sebuah sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.

Pihak sekolah telah cuba mencari di kawasan sekolah serta asrama tetapi gagal dijumpai dan punca pelajar berkenaan melarikan diri masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA