Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Tingkatan Enam Meninggal Dunia Akibat Keabnormalan Arteri Koronari

Pelajar Tingkatan Enam Meninggal
Kredit: Bernama

Pelajar Tingkatan Enam Meninggal Dunia Akibat Keabnormalan Arteri Koronari

MELAKA, 9 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika berada di kawasan sebuah sekolah menengah di Banda Hilir di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah SUPT Halim Abas berkata pelajar tingkatan enam itu dilaporkan rebah ketika berbaris bersama rakan sekelas bagi menghadiri satu program kokurikulum kira-kira 2.40 petang.

"Guru yang berada di lokasi telah menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7.11 malam ketika menerima rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka hari ini mendapati punca kematian ialah keabnormalan arteri koronari, selain turut mendapati jantung mangsa mempunyai keabnormalan dari segi saiz dan pertumbuhan.

Katanya, hasil bedah siasat turut mendapati tiada kesan kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).