Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Universiti Ditahan Di Indonesia, Cuba Seludup 4kg Syabu Dari Malaysia

DITAHAN
Kredit: Kumparan

Cubaan seorang pelajar universiti menyeludup empat kilogram (kg) dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila dia ditahan pihak berkuasa di Tanjung Balai, Sumatera Utara, pada Sabtu lalu.

Lapor laman berita Kumparan, suspek lelaki berusia 21 tahun yang dikenali sebagai DO itu diberkas sejurus tiba di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, kira kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan suspek dari Medan Denai itu dilakukan selepas pemprofilan penumpang dan pemeriksaan menggunakan mesin sinar X mengesan objek mencurigakan dalam beg pakaiannya.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal terperinci yang disaksikan suspek menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar berisi kristal putih yang disembunyikan di dalam ruang khas pada dinding beg berkenaan.

“Ujian saringan menggunakan alat pengesan mengesahkan kristal putih ini adalah methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan mencecah 4,000 gram,” katanya.

Suspek bersama barang kes termasuk telefon bimbit, tiket perjalanan dan pasport kemudian diserahkan kepada Polis Resor Tanjung Balai untuk tindakan serta siasatan lanjut.