Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon, Isma Aliff Meninggal Dunia

Athirah
Isma Aliff Meninggal Dunia
Kredit: Astro Awani

Pelakon, Isma Aliff Meninggal Dunia

Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor hari ini.

Berita dukacita itu disampaikan oleh ahli keluarganya.

Astro Awani melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8:30 pagi.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan.

Adiknya yang dikenali sebagai Angah memaklumkan bahawa Allahyarham telah lama berdepan masalah kesihatan, namun keadaannya dikatakan semakin merosot sejak kira-kira seminggu lalu.

Isma Aliff, 62, merupakan antara figura terkenal era 1980-an yang dikenali menerusi pelbagai drama, filem serta program hiburan, selain aktif sebagai pelawak dan pengacara.

Sepanjang zaman kegemilangannya, Allahyarham Isma pernah membintangi beberapa karya popular dan kerap digandingkan bersama rakan-rakan pelakon komedi tanah air.

Terdahulu, Allahyarham pernah menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.

BACA: Waspada, Empat Negeri Diramal Alami Ribut Petir, Hujan Lebat

Sumber: Astro Awani