Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Terlibat Kes Pukul Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

terlibat kes pukul
Gambar Via Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul di sini Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki warga tempatan berusia 30-an yang direman bagi membantu siasatan itu, telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merekodkan keterangannya.

Beliau ketika dihubungi berkata kertas siasatan melibatkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Beberapa media sebelum ini pelakon itu ditahan selepas dikatakan menumbuk dan menendang seorang lelaki yang dipercayai sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan kodominium berkenaan.

Sumber: BERNAMA