Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PETALING jAYA, 18 JUN 2025 – Majlis Pelancaran Business Account oleh TNG Digital Sdn. Bhd., rakan strategik utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi program di bawah Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).
Seiring dengan hasrat Kementerian dalam usaha mendigitalkan para peniaga khususnya di kawasan luar bandar serta mewujudkan masyarakat tanpa tunai (cashless society), KPDN akan terus menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh pihak industri dalam memperkukuh kemudahan aplikasi tanpa tunai terutamanya dalam kalangan Perusahaaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Oleh itu, pelancaran Business Account oleh pihak TNG Digital pada hari ini merupakan satu produk baharu yang akan memberi nilai tambah kepada golongan PMKS di negara kita. Business Account ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, pemantauan transaksi dan fleksibiliti yang telah dipertingkatkan bagi membantu peniaga menguruskan perniagaan mereka dengan lebih baik dan cekap.
Sehubungan itu, bagi menjayakan hasrat transformasi digital negara, semua pihak termasuk setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan, khususnya peniaga kecil, penjaja, usahawan mikro dan pengguna harian, dalam mendorong perubahan ke arah pendigitalan.
Apa yang kita saksikan hari ini merupakan satu langkah penting ke arah mewujudkan sistem yang lebih mudah diakses, khususnya bagi golongan yang sebelum ini kurang mendapat manfaat daripada kemudahan digital. Inisiatif seperti ini bukan sekadar berkaitan teknologi, tetapi juga memastikan semua pihak berpeluang untuk turut serta dan meraih manfaat dalam perkembangan ekonomi baharu.
Kementerian akan terus memperkukuh usaha melalui inisiatif ReDI bagi memastikan seluruh rakyat, sama ada sebagai peniaga mahupun pengguna, dapat menikmati kemudahan pembayaran digital atau tanpa tunai secara menyeluruh. Sebagai usaha berterusan, KPDN akan melaksanakan Program Kembara ReDI di Zon Sabah dan Sarawak pada hujung bulan ini, yang bertujuan untuk bertemu secara bersemuka dengan peniaga dan pengguna bagi tujuan advokasi serta pendaftaran e-wallet. Program ini turut diserikan dengan pelaksanaan acara sampingan seperti Program Jualan RAHMAH MADANI dan Program Kepenggunaan.
Diharapkan melalui pelancaran Business Account oleh pihak TNG Digital pada hari ini dapat menjadi pemangkin kepada pihak industri lain dalam membantu memacu sektor perdagangan dalam negeri dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan negara. Semoga usaha dan inovasi yang berterusan ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih mampan dan menyeluruh untuk semua.