Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelitup Muka Fabrik Satu Atau Dua Lapis Adalah Tidak Berkesan – KKM

Gambar Hiasan via Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa penggunaan pelitup muka fabrik satu atau dua lapis adalah tidak berkesan.

“Kita tidak menggalakkan penggunaan pelitup muka fabrik satu atau dua lapis kerana ia tidak efektif. Kita mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu non-medical facemask mesti ada tiga lapisan.

“Kalau kita pakai pelitup muka, pastikan beli pelitup muka kain atau fabrik yang ada tiga lapis,” katanya.

Dalam pada itu, Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 7 kes baharu Covid-19 termasuk 3 kes yang melibatkan kes tempatan.

Sumber: KKMPutrajaya