Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemain Thai Maut, Warga Malaysia Cedera Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak

Disambar Petir
Kredit: Gambar Tular

Pemain Thai Maut, Warga Malaysia Cedera Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak

NARATHIWAT, (Bernama) -- Seorang pemain kelab bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, di sini, Selasa petang semalam.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol. Thun Sirikhunt berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira 5 petang waktu tempatan, apabila perlawanan diteruskan sebelum petir tiba-tiba menyambar bahagian tengah padang.

"Kejadian itu mengakibatkan lebih sembilan individu cedera, manakala seorang warga Thailand, Sofwan Awae, 24, pemain Yala FC, meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemain warga Malaysia yang cedera dalam insiden itu dikenal pasti sebagai Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.30 petang, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati Sofwan berada dalam keadaan kritikal.

"Walaupun pasukan perubatan kecemasan berusaha sedaya upaya menyelamatkannya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami," katanya.

Thun berkata semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan, manakala polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Pemain Yala FC, Sofwan Awae, maut selepas petir menyambar tengah padang.
  • Warga Malaysia Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli dikenal pasti antara mangsa cedera.
  • Semua mangsa cedera dibawa ke Hospital Sungai Golok, sementara polis menjalankan siasatan lanjut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan