Seorang pemandu berusia 21 tahun telah didakwa setelah dia ditangkap dengan memandu melebihi had laju dan berinteraksi bersama rakan dari rumah yang berlainan semasa tempoh kawalan pergerakan.
Pemuda tersebut telah bertemu dengan rakannya pada waktu malam, dan memandu keluar untuk membeli durian di Sims Avenue. Pemuda berusia 21 tahun itu memandu dengan kelajuan sekitar 160km/j di lebuh raya dan 70km/j melebihi had laju di lebuhraya.
Kejadian itu berlaku pada 9 Mei,berlaku dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Pemandu tersebut telah mengaku bersalah kerana memandu secara berbahaya dan melanggar salahlaku Covid-19 dengan berjumpa dengan orang lain.
Dia telah dijatuhkan hukuman denda S $ 3,000 (RM9200) dan lesen memandunya telah digantung selama setahun.
Sumber : Mothership