Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemandu Dilapor Terjunam Dari Jambatan Setinggi 70 Kaki, Kereta Remuk Tapi Dirinya Tidak Cedera

Gambar: Daily Star

CCTV berjaya merakam momen menggerunkan seorang pemandu wanita yang menembusi penghadang di jalan tol dan terjunam 70 kaki (2 meter) ke bawah, namun dikatakan masih selamat tanpa cedera, lapor Daily Star.

Menurut portal, Kelce Brianna Gold, 27 tahun sedang menuju ke Zoo Interchange di Milwaukee, Wisconsin, namun tidak semena-mena keretanya menembusi penghadang itu dan terjunam terus ke bawah.

Jelas sumber, klip itu dikeluarkan setelah wanita itu didakwa di mahkamah atas tuduhan memandu ketika mabuk dan mengaku tidak bersalah.

Dilaporkan, mangsa tidak menghubungi polis sebaliknya menghubungi teman lelakinya dan duduk di dalam kereta yang remuk selama lebih dari satu jam sehingga seorang saksi melihatnya.

Seorang saksi menjelaskan, “Yang saya lihat hanyalah sebuah kereta yang remuk di sebelah kiri sana dan saya hanya ingin memastikan bahawa ada seseorang yang telah diuruskan.”

Tambahnya, “Saya ingin memastikan tidak ada manusia yang duduk di dalam kereta itu.”

Kemalangan itu dikatakan berlaku kira-kira pada pukul 3:30 pagi dan pegawai dari Sheriff Milwaukee County mengatakan dia sudah menghubungi pihak perubatan dan tidak ingin memindahkan mangsa buat masa itu.

Kurang dari dua minggu sebelum kemalangan tersebut berlaku, terdapat mangsa lain, Richard Oliver, yang turut terjunam 70 kaki dari tempat yang sama setelah melanggar salji ketika memandu. Ketika kejadian, mangsa tersebut dikatakan masih selamat.

Menurut Michael Pyritz, pengurus komunikasi serantau bagi WisDOT yang mengekalkan jalan tol, beliau berasa takjub kerana kedua-dua mangsa yang terjunam di tempat itu tetap selamat.

Katanya, “Jarang mendengar sesuatu yang seperti itu. Semasa saya bekerja di jabatan ini, ini adalah kali ketiga kejadian seperti itu berlaku, dua di antaranya adalah pada tahun ini. Jadi sudah tentu ini adalah luar dari kebiasaan, apabila kita tidak akan sangka ia boleh terjadi.”

Sumber: Daily Star