Kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara susulan penjualan nombor plat khas H baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.
Menurutnya, bantuan berkenaan akan disalurkan pada minggu hadapan.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memperbaharui undang-undang jenayah dan keterangan, selain memperkukuh pembelaan awam serta perlindungan kepada mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan.
Kerajaan juga sedang mengkaji penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Malaysia bagi mengenal pasti undang-undang lapuk dan jurang perundangan.
Selain itu, undang-undang berkaitan kontrak, jualan barangan dan pengantaraan turut diteliti bagi memastikan pertikaian dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

