Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemandu Teksi Raih Pujian Selepas Memulangkan Bagasi Barang Kemas Emas & Wang Tunai Lebih RM4k

Gambar: India.com

Seorang pemandu teksi roda tiga (rickshaw) di India raih pujian kerana memulangkan bagasi yang berisi barang kemas, wang tunai dan pakaian kepada pemiliknya asalnya, lapor India.com.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Rabu lalu di mana seorang pemandu teksi roda tiga bernama Vinod Yadav menemui bagasi itu di luar pintu pagar Stesen Kereta Api Agra Cantt.

Menurut laporan, bagasi itu mengandungi sepasang gelang emas, cincin dan juga sepasang gelang kaki serta wang tunai bernilai Rs 75,000 (RM4,220.31) beserta pakaian.

Polis berjaya mengesan pemilik bagasi tersebut dan menghubungi melalui nombor telefon yang dijumpai di dalam bagasi itu.

Polis mengesan bahawa bagasi tersebut milik seorang Biri Singh yang duduk di Mursan di daerah Hathras. Lelaki itu dikatakan menaiki kereta api Ekspress Shridham Super Fast dari Bhopal dan turun di Agra Cantt.

Menurut laporan, lelaki itu cukup gembira dan berterima kasih kepada polis GRP dan pemandu teksi roda tiga tadi kerana telah mendapatkan kembali bagasi dia dengan selamat.

Sumber: India.com