Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemandu Ubah Haluan Secara Mengejut Sebabkan Kemalangan Hingga Berlaku Kecederaan Parah Boleh Didenda Hingga RM10,000- PDRM

ubah haluan kemalangan denda
Kredit: Google

Individu yang mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat menyebabkan kemalangan hingga berlaku kecederaan parah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Menurut laman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah akibat pemanduan cuai boleh didakwa di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak lebih dua tahun.

Sebelum ini, tular beberapa kes kemalangan dipercayai berpunca daripada pemanduan berbahaya termasuk tindakan mengubah haluan secara tiba-tiba oleh pemandu yang cuai.

Sumber: Polis Diraja Malaysia