Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembidaan NPI Siri Madani Rekod Kutipan RM2.62 Juta – JPJ

Azizah Najib
pembidaan siri madani jpj
Kredit: Bernama

Pembidaan NPI Siri Madani Rekod Kutipan RM2.62 Juta – JPJ

PUTRAJAYA, 25 Oktober (Bernama) — Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Oktober lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.

Menerusi kenyataan hari ini, Aedy Fadly berkata MADANI 6 merupakan NPI yang dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM68,888, diikuti MADANI 5 (RM58,001), MADANI 4 (RM55,000), MADANI 3 (RM51,111) dan MADANI 33 dengan nilai bidaan RM42,110.

Beliau berkata bidaan NPI itu telah menarik penyertaan pembida siri keseluruhan 5,632 orang dan 3,263 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

“NPI Siri MADANI ini juga menunjukkan sambutan daripada pembida dalam menyokong agenda Malaysia MADANI yang secara tidak langsung mempromosikan nilai MADANI yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara,” katanya.

Memperincikan lima nombor paling banyak dibida, Aedy Fadly berkata MADANI 1118 merekodkan 17 pembida, MADANI 8055 (15 pembida), MADANI 998 (13 pembida), MADANI 1305 (13 pembida) dan MADANI 113 (12 pembida).

BACA: Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

“JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada pembida yang berjaya menerima keputusan rasmi semalam. Terima kasih juga kepada semua pembida yang menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid,” katanya.

Bidaan NPI Siri MADANI merupakan usaha Kementerian Pengangkutan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan pelbagai inisiatif kementerian itu untuk rakyat seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar dan subsidi FlySISWA.

BACA: Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Sumber: Bernama