Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemegang Kad Pengenalan Ini Diberi Tempoh Tiga Tahun Tukar MyKad Baharu
Kad pengenalan merupakan dokumen rasmi yang memainkan peranan penting dalam urusan harian rakyat, daripada pengesahan identiti sehinggalah kepada akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Seiring dengan perkembangan teknologi, sistem pengenalan diri juga sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan maklumat serta memudahkan pelbagai urusan pengguna.
Di Malaysia, kad pengenalan telah melalui beberapa fasa perubahan sejak diperkenalkan, termasuk penambahan ciri keselamatan dan penggunaan teknologi yang lebih moden.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan risiko pemalsuan identiti, malah memastikan sistem pengenalan negara kekal relevan dengan keperluan semasa.
Justeru, pemegang kad pengenalan versi tertentu perlu mengambil maklum mengenai perubahan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Penggantian kepada MyKad baharu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan identiti rakyat serta memastikan semua pemegang kad menikmati kemudahan dan ciri terkini yang disediakan.
Bagi fasa permulaan, JPN akan memberi keutamaan kepada pemegang tiga kategori kad pengenalan lama untuk melakukan penukaran dalam tempoh tiga tahun yang ditetapkan.

Tiga jenis kad pengenalan yang terlibat ialah:
Kad Pengenalan Plastik (KPP)
Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
MyKad Versi 1
Pemegang kad pengenalan dalam kategori ini digalakkan untuk sentiasa mengikuti hebahan rasmi JPN dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan prosedur serta jadual penukaran yang akan diumumkan.
Walaupun pelaksanaan MyKad baharu akan diperkenalkan, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kad pengenalan sedia ada masih sah digunakan seperti biasa bagi semua urusan rasmi.

JPN turut menjelaskan bahawa penggunaan MyKad sedia ada tidak akan menjejaskan sebarang urusan perkhidmatan kerajaan, termasuk permohonan bantuan, tuntutan subsidi serta urusan rasmi lain.
Pelaksanaan MyKad baharu akan dilakukan secara berperingkat, bermula di ibu pejabat JPN di Putrajaya serta beberapa pejabat terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Proses ini akan dilaksanakan melalui sistem janji temu bagi memastikan urusan lebih teratur dan mengelakkan kesesakan.
MyKad baharu juga akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.
Antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.