Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selepas berbulan-bulan penuh debaran, kempen jualan lapangan terbang utama Malaysia Airports, Licence to Win (LTW) 2025, melabuhkan tirainya menerusi acara kemuncak gilang-gemilang di Bangunan Sultan Abdul Samad.
James Robert dari Indonesia diumumkan sebagai pemenang utama Licence to Win 2025, dengan isterinya, Raenita Santoso, mewakilinya. Raenita menyertai cabaran permainan pada malam tersebut bagi pihak suaminya dan berjaya mara ke peringkat akhir.

Para finalis berentap dalam cabaran berintensiti tinggi sepanjang malam yang penuh mendebarkan, direka untuk menguji kepantasan, fokus dan ketepatan. Hadiah lain yang ditawarkan termasuk pengalaman percutian Traveloka ke Switzerland, Australia dan Jepun, sesi membeli-belah eksklusif bersama Eraman, ganjaran bulanan, serta pengenalan motosikal pengembaraan BMW R1300 GS, sebelum kemuncak hadiah utama diumumkan.

Licence to Win 2025 yang membawa tema “Own the Dream” berlangsung dari Julai hingga Disember 2025, menawarkan peluang kepada para pengembara untuk memenangi pelbagai hadiah menerusi pembelian harian di lapangan terbang, dengan perbelanjaan minimum RM100 di premis terlibat bagi melayakkan penyertaan cabutan.
Kempen ini bekerjasama dengan Traveloka, platform teknologi pelancongan terkemuka Asia Tenggara, bagi menawarkan ganjaran percutian impian serta integrasi digital yang lancar. Ia turut bekerjasama dengan Eraman bagi mempertingkat pengalaman runcit dan sajian makanan.

Inisiatif ini mencatat kejayaan memberangsangkan dengan menjana lebih RM200 juta jumlah jualan serta menarik lebih 500,000 penyertaan di seluruh rangkaian Malaysia Airports, iaitu peningkatan 56 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kempen ini turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia Airports dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperkasa pengalaman keseluruhan penumpang, selari dengan peranan lapangan terbang yang kini berkembang daripada sekadar hab transit kepada destinasi gaya hidup yang dinamik.

Usaha ini juga menyokong aspirasi lebih luas Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan meletakkan lapangan terbang negara sebagai pintu masuk mesra yang menampilkan keunikan terbaik Malaysia kepada pengembara domestik dan antarabangsa.
Kempen ini turut mendedahkan perubahan trend dalam kalangan pengembara, apabila resit pembelian tunggal tertinggi direkodkan bernilai RM93,000, manakala Duty Free kekal sebagai kategori pembelian paling popular.

Nilai minimum perbelanjaan yang menarik dan mampu milik bagi kategori makanan dan minuman turut menyumbang kepada peningkatan penyertaan, sekali gus menjadikan kempen ini lebih mudah disertai merentasi pelbagai kategori.
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial, Hani Ezra Hussin berkata, “Kempen ini mencerminkan kekuatan strategi runcit kami yang terus berkembang serta komitmen berterusan dalam mempertingkat pengalaman lapangan terbang buat para pengembara.

Penyertaan yang memberangsangkan dan jualan yang konsisten membuktikan keupayaan kami mewujudkan pengalaman runcit yang lebih menarik serta bernilai di setiap titik sentuhan, di samping membantu rakan niaga meningkatkan keterlihatan dan pertumbuhan."
"Kami berbesar hati meraikan para pemenang kerana usaha kami melangkaui transaksi semata-mata, dengan mencipta detik bermakna dan kenangan indah buat para penumpang, sekali gus memperkayakan pengalaman perjalanan mereka.”

Penutup Licence to Win 2025 menandakan usaha berterusan Malaysia Airports dalam mempertingkat pengalaman lapangan terbang dengan memberikan nilai tambah kepada para pengembara serta menyokong perjalanan yang lebih lancar dan menyeronokkan.
Berteraskan momentum ini, Malaysia Airports akan terus komited mencipta pengalaman perjalanan bermakna yang mencerminkan kemesraan, keceriaan dan hospitaliti Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairports.com.my atau ikuti @shopmyairports di Instagram dan Facebook.