Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
peminat tuntut semula duit messi
Gambar via CNN

Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main

Nurul Alya

Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main

Perlawanan persahabatan antara Hong Kong dan Inter Miami pada Ahad yang sepatutnya menyaksikan kehebatan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi, mendapat sambutan yang buruk daripada peminatnya apabila pemain itu tidak turun ke padang untuk beraksi.

Lapor CNN, walaupun Inter Miami telah berjaya mengalahkan Hong Kong dengan keputusan 4-1 dalam aksi persahabatan, kebanyakan peminat bola sepak lebih menantikan saat Messi untuk turut serta dalam perlawanan tersebut.

Kekecewaan itu turut dirasai oleh pihak kerajaan Hong Kong sendiri apabila pemenang lapan kali Ballon d’Or itu tidak turun ke padang.

“Messi tidak dapat bermain dalam perlawanan persahabatan hari ini.

“Pihak kerajaan dan para peminat bersama-sama mempunyai rasa kecewa mengenai pengaturan oleh penganjur. Mereka perlu berikan penjelasan kepada peminat,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pemain Luis Suarez juga didapati tidak bermain dalam perlawanan itu walaupun beliau telah menghadirkan diri pada sidang media sebelum perlawanan bermula.

Refund! Refund! Refund!

Ketika persembahan bunga api diadakan serta ucapan dari David Beckham yang merupakan pemilik bersama pasukan itu, stadium tersebut dipenuhi dengan bunyi mengejek daripada para peminat yang kecewa.

20 minit sebelum perlawanan itu tamat, rata-rata peminat telah mempersoalkan sebab Messi diletakkan dalam bangku simpanan.

Orang ramai mula memberontak dengan sorakan “refund” dalam bahasa Inggeris dan juga Kantonis.

Hal ini kerana tiket yang dibeli oleh mereka bernilai antara 800 hingga 4880 dolar Hong Kong (RM485.94 hingga RM2,964.22).

Keputusan Pasukan Perubatan

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Tatler XFEST telah menyatakan kekecewaan mereka mengenai kedua-dua orang pemain yang disebutkan itu tidak bermain dalam perlawanan itu.

Mereka turut menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Persoalan para peminat dan orang ramai mengenai sebab pemain-pemain itu tidak turun padang terjawab apabila jurulatih Miami, Gerardo “Teta” Martiona memberikan penjelasan.

Jelasnya, kedua-dua pemain itu tidak bermain dalam perlawanan tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan.

“Kami telah memeriksa keadaan fizikal mereka dan kami mendapati mereka akan mengalami kecederaan yang berat sekiranya mereka turun padang.

“Kami faham akan kekecewaan para peminat dan kami minta maaf. Kami juga berharap dapat benarkan mereka bermain untuk seketika, tetapi risiko itu terlalu tinggi,” kata jurulatih itu.

Dia juga menambah bahawa Suarez mengalami kecederaan lutut semasa perjalanan Arab Saudi.

“Kami sentiasa memeriksa keadaannya dengan pasukan perubatan, dan kami juga perlu mempertimbangkan keutamaan kami dengan Major League Soccer (MLS) akan datang.

“Jadi kami membuat kesimpulan untuk Messi tidak bermain dalam perlawanan itu,” katanya.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan