Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar
CHUKAI, (Bernama) — Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ketika air pasang besar di Jeti Geliga Che Akob dekat sini pada 5 November lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Muhammad Anuar Syukrimie Mahmood, 31, yang berasal dari Kampung Geliga Jambatan di sini, sedang duduk di jeti bersama rakan-rakannya.
“Ketika itu air pasang besar 3.7 meter berlaku dan mangsa dikatakan tergelincir di jeti tersebut. Rakan-rakan mangsa cuba mencarinya namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun Mohamad Hanif berkata pihak bomba hanya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 petang, sebelum 17 anggota bergegas ke lokasi.
Beliau berkata dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), pihak bomba melakukan pencarian pada radius satu kilometer dari jarak mangsa dipercayai terjatuh dengan menggunakan dua bot.
“Selain itu, operasi SAR turut disertai lapan anggota polis bersama sebuah bot, selain dibantu seramai 33 orang awam,” katanya sambil menambah operasi pencarian mangsa ketika ini masih diteruskan.
Sumber: Bernama