Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu notis telah dimuat naik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) menerusi laman Facebook rasminya mengenai pencarian waris bagi seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun.
Dalam hantaran itu, JKM WPKL memberi maklumat mengenai kanak-kanak lelaki tersebut yang diberi nama Muhammad Rayyan Abdullah yang dilahirkan pada 3 Oktober 2017.
Difahamkan, Muhammad Rayyan telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya bernama Siti Haizleen Abd Majid di NICU Hospital Kuala Lumpur sejak 10 Oktober 2017.
Setelah ditinggalkan ibunya, Muhammad Rayyan ditempatkan di Tempat Selamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berada dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut perenggan 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Namun disebabkan kanak-kanak ini masih memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut peruntukan Seksyen 17(1) Akta Kanak-Kanak 2001, kes Muhammad Rayyan telah dirujuk semula ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, Kuala Lumpur.

Oleh itu, JKM WPKL mengalu-alukan ibu kandung atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu kandung untuk hubungi pelindung kes ini bagi membantu pihak berwajib.
Kerjasama amat diperlukan bagi membantu Muhammad Rayyan mendapatkan penempatan dan kebajikan yang terbaik serta memberi pertolongan kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan untuk masa depan kanak-kanak ini.
Kerjasama ramai pihak amat diperlukan, bantu Muhammad Rayyan cari waris yang sepatutnya atau ibu kandungnya supaya dia dibesarkan dengan kasih sayang yang cukup.
Hubungi Pelindung kes ini, iaitu Puan Hazzariza Binti Napiah ditalian 03-2612 4000 (samb. 4121) sekiranya mempunyai atau memberikan maklumat mengenai waris.