Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia
Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai keunikan, bukan sahaja pada kepelbagaian kaum dan makanannya. Malah, keindahan gunung-ganangnya juga terbentang luas di seluruh negara, bermula dari Semenanjung, hingga ke Sabah dan Sarawak.
Jadi, tidak hairan mengapa ramai pendaki atau penggemar sukan outdoor termasuk pelancong luar yang datang untuk merasai sendiri pengalaman mendaki gunung di Malaysia.
Baru-baru ini, seorang pendaki lelaki yang berasal dari Indonesia, Umar Adisubroto menerusi hantarannya di TikTok menzahirkan rasa kagum terhadap pengurusan gunung di Malaysia.
Baginya, terdapat beberapa aspek pengurusan yang wajar dicontohi oleh negaranya seperti yang dilakukan di Malaysia.
1. Kemudahan Lengkap Di Setiap Pos Pendakian
Menurutnya, di setiap pos (checkpoint) sudah tersedia dengan fasiliti yang lengkap. Ia termasuklah tempat mandi, ruang rehat dan ruang helipad yang tersedia.
2. Trek Pendakian Yang Teratur Dengan Baik
Selain itu, Umar berkata laluan trek di sini juga berada dalam keadaan yang terjaga dan sangat baik.
Bermula dari penunjuk arah, tangga dan hinggalah tali, sekali gus keselamatan pendaki lebih terjamin termasuk tidak sesat.
3. Kesiapsiagaan Pasukan Penyelamat Jika Berdepan Bencana
Lebih membuatkannya kagum adalah pasukan keselamatan penyelamat yang sudah terlatih dan bersiap sedia dengan sebarang bencana atau insiden yang berlaku di kawasan pergunungan tersebut.
Menerusi klip berkenaan, memaparkan kelibat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ditempatkan di lokasi tertentu selain malim gunung yang terlatih.
Secara tidak, menambahkan aspek keselamatan pendaki sewaktu melakukan pendakian.
Dia menyifatkan, situasi ini menggambarkan pengurusan gunung Malaysia mengambil berat terhadap aspek keselamatan, sesuai dengan pepatah Melayu ‘sediakan payung sebelum hujan’.
4. Usaha Pemuliharaan, Kebersihan Yang Baik
Katanya lagi, ekosistem di sekitar pergunungan juga dititikberatkan terutamanya dalam usaha pemuliharaan flora dan fauna oleh pihak berkuasa.
Inisiatif ini secara tidak langsung memastikan persekitaran gunung terjaga dan tidak terusik, sekali gus pendaki akan datang akan datang dapat melihat keindahan yang terdapat di gunung itu.
5. Kemudahan Penginapan Yang Baik
Tidak dilupakan juga adalah aspek penginapan yang selesa dan besar kepada para pendaki.
Berkongsi lagi tentang pengalamannya, Umar memberitahu pendaki tidak perlu risau untuk membawa peralatan khemah untuk bermalam kerana di sini sudah disediakan katil dan ruang tidur yang nyaman termasuk makanan yang disediakan.
Sumber: TikTok @umaradisubroto