Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
SIBU, 25 Feb (Bernama) — Orang ramai meluahkan perasaan marah dengan tindakan beberapa peniaga di pusat komersial Bazar Selanggau di sini yang meletakkan barangan jualan mereka di lorong pejalan kaki di premis perniagaan mereka.
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) yang menerima aduan tersebut mengakui bahawa perbuatan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai kesulitan malah ia turut menghalang laluan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kebakaran.
Pengerusi SRDC Sempurai Petrus Ngelai berkata sikap tidak bertanggungjawab seperti itu harus diubah dan mengingatkan peniaga agar mematuhi peraturan ketika mempamerkan produk jualan mereka di lorong pejalan kaki di pusat komersial di Selanggau.
Kegagalan dalam mematuhi peraturan di bawah Seksyen 26 (1) Undang-Undang Kecil Kebersihan di bawah Ordinan PBT 1996 itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sembilan bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak Berkuasa Tempatan itu bagaimanapun membenarkan penggunaan lorong pejalan kaki bagi mempamerkan barangan dalam jarak 0.91 meter secara percuma.
Bayaran bulanan untuk penggunaan 50 peratus lorong pejalan kaki adalah antara RM100 dan RM50 bagi penggunaan kurang daripada 50 peratus manakala untuk lot sudut dikenakan caj sebanyak RM100.
Sementara penjualan, penyimpanan atau menyimpan ternakan, baja organik dan bukan organik di sepanjang kaki lima adalah dilarang sama sekali.
Sumber: BERNAMA