Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penerbangan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Digantung Sementera

Dubai
Kredit: AFP

Penerbangan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Digantung Sementera

MOSCOW, 16 Mac (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai menggantung sementara penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, menurut kenyataan pejabat media kerajaan emiriah itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai mengumumkan penggantungan sementara penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua penumpang dan kakitangan.

“Pengembara dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut pejabat media itu dalam hantaran di X.

Terdahulu, pejabat media berkenaan melaporkan bahawa sebuah tangki bahan api terbakar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai akibat insiden dron; tiada laporan mengenai sebarang kecederaan diterima.

Sumber:BERNAMA