Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penganggur Dipenjara Enam Tahun, Disebat Kerana Rompak RM50 Milik Seorang Lelaki
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak wang tunai RM50 milik seorang lelaki di sebuah tempat letak motosikal dengan menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 49, mengaku bersalah merompak Chai Fuh Chang, 43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di sini pada 11.55 pagi, 7 Dis lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Dis lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan tertuduh yang menggunakan pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Sebelum ini, media melaporkan polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.
Sumber: BERNAMA
BACA: Penganggur Dipenjara Enam Bulan Gopoh Tunggang Motosikal, Cederakan Warga Emas